Kemaskini Lumia CYAN Akan Ke Pengguna Lumia Malaysia Menjelang Suku Ketiga 2014

Bagi para pengguna peranti Lumia sedia ada, semestinya salah satu perkara yang dinantikan adalah kemaskini Lumia CYAN. Bercakap mengenainya, pihak Microsoft Mobile Malaysia mengatakan ia akan hadir kepada pengguna tempatan menjelang suku ketiga 2014 ini.

Nokia Lumia CYAN

Kemaskini Lumia CYAN ini akan menyertakan pelbagai fungsi Windows Phone 8.1 yang mana membawakan sokongan yang dinantikan ramai seperti talam notifikasi, papan kekunci seumpama Swype, kawalan volume yang lebih baik, dan juga beberapa penambahan lain. Lumia CYAN sendiri akan hadir dengan penambah-baikkan pada bahagian pengimejan dan juga kamera.

Kemaskini ini akan ditawarkan untuk semua pengguna telefon pintar Lumia sedia ada yang menjalankan Windows Phone 8.

Nota: