Mangsa Penculikan Nigeria Yang Terselamat Menceritakan Detik Serangan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Mangsa Penculikan Nigeria Yang Terselamat Menceritakan Detik Serangan | LAGOS, Nigeria (AP) — Pelajar perempuan di dalam asrama sekolah terdengar bunyi tembakan dari bandar berhampiran. Oleh itu, ketika sekumpulan lelaki yang bersenjata memecah masuk ke dalam premis sekolah untuk menyelamatkan mereka, pada mulanya mereka berasa lega. “Jangan bimbang, kami adalah askar,” seorang pelajar berusia 16 tahun mengimbas kembali detik hitam tersebut. “Tiada apa yang akan berlaku kepada kamu.”

Lelaki bersenjata tersebut mengarahkan ratusan pelajar di Sekolah Menengah Kerajaan Chibok supaya berkumpul di luar. Lelaki-lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam bilik stor dan mengeluarkan semua bekalan makanan. Mereka kemudiannya membakar bilik tersebut. “Mereka … mula menjerit, ‘Allahu Akbar’,” kata pelajar itu lagi. “Dan kami tahu”. Apa yang mereka tahu itu adalah sangat mengerikan: Lelaki-lelaki tersebut bukanlah tentera kerajaan. Mereka merupakan ahli kumpulan pergerakan Islam yang ekstrim yang diberi nama Boko Haram. Mereka menculik seluruh kumpulan pelajar perempuan tersebut dan membawa mereka pergi menggunakan sebuah trak pikap ke dalam sebuah hutan.

Tiga minggu kemudian, 276 orang pelajar masih hilang. Sekurang-kurangnya 2 maut akibat dipatuk ular, dan kira-kira 20 lagi sakit, menurut orang perantara yang berhubung dengan kumpulan tersebut. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa terdapat sekumpulan lagi pelajar yang terdiri daripada 11 orang budak perempuan telah diculik di dalam kampung Warabe dan Wala di timur laut negeri Borno. Pegawai polis pada mulanya menafikan penculikan tersebut. Tetapi kemudian pesuruhjaya polis negeri, Tanko Lawal, telah mengesahkan penculikan tersebut. Seorang penduduk memaklumkan bahawa kanak-kanak perempuan yang berumur andata 12 ke 15 tahun itu di tarik masuk ke dalam hutan oleh lelaki-lelaki yang bersenjatakan AK-47.

slide 282043 2128657 free Mangsa Penculikan Nigeria Yang Terselamat Menceritakan Detik Serangan

Kehilangan budak-budak perempuan tersebut, beserta dengan kegagalan ketenteraan Nigeria mencari mangsa telah menarik perhatian dunia. Boko Haram yang bermaksud ‘pembelajaran Barat adalah berdosa’, telah mengaku bertanggungjawab terhadap penculikan beramai-ramai itu dan mengugut untuk menjual budak-budak perempuan tersebut. Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan telah mengumumkan bahawa beliau telah menerima pelawaan A.S. bagi membantu mencari mangsa.

Pelajar berusia 16 tahun tersebut adalah diantara 50 orang yang dapat melarikan diri pada hari kejadian. Kebanyakkan dari mereka takut untuk memberikan identiti kerana bimbang akan dipandang serong oleh masyarakat yang konservatif.

Kira-kira pukul 11 malam, pegawai kerajaan tempatan, Bana Lawal telah menerima satu panggilan telefon. Dia diberitahu bahawa kira-kira 200 orang militan yang bersenjata di dalam 20 buah trak pikap dan lebih dari 30 buah motorsikal sedang menuju ke arah bandar tersebut. Lawal segera memberi amaran kepada 15 orang askar yang mengawasi Chibok. Dia kemudiannya membangunkan penduduk yang sedang tidur dan memberitahu mereka supaya lari menyelamatkan diri ke dalam semak dan kawasan bukit berhampiran. Askar-askar tersebut kemudiannya menghantar mesej SOS ke berek berhampiran, kira-kira 48 kilometer dari situ, satu perjalan selama sejam di atas jalan yang berdebu.

Tiada pertolongan yang sampai.

Apabila kumpulan militan tersebut tiba 2 jam selepas diberi amaran, askar-askar tersebut melawan dengan berani. Walaupun mereka kekurangan askar dan senjata, mereka bertahan selama sejam setengah, terdesak menanti pertolongan tiba. Seorang anggota terbunuh. Mereka juga kehabisan bekalan peluru dan melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa.

Terlalu banyak lelaki bersenjata, meurut budak perempuan tersebut yang berjaya melarikan diri. Trak yang membawa mereka melalui tiga buah kampung, tetapi tiba-tiba kenderaan pengawas yang mengekori mereka rosak. Pada masa itulah budak perempuan tersebut bersama rakan-rakannya melompat keluar dan melarikan diri. Semasa mereka melompat, kereta di belakang mereka mula hidup dan menyalakan lampu. Budak-budak tersebut tidak pasti sama ada pejuang militan tersebut nampak mereka atau sebaliknya, jadi mereka berlari ke dalam semak lalu bersembunyi.

slide 282043 2128730 free Mangsa Penculikan Nigeria Yang Terselamat Menceritakan Detik Serangan

“Kami berlari dan berlari, sangat laju,” katanya. “Dengan cara itulah saya menyelamatkan diri. Saya tiada masa untuk berasa takut, saya hanya berlari.” Budak-budak lain pula bergayut di dahan-dahan pokok dan menunggu sehingga semua kenderaan berlalu. Mereka kemudiannya bertemu kembali di dalam semak dan berjalan balik menuju ke jalan besar. Seorang lelaki yang berbasikal mendekati mereka dan menemani mereka pulang ke rumah.

Ramai askar Nigeria mengakui bahawa mereka lemah semangat kerana Boko Haram mempunyai tentera yang jauh lebih besar dan dibekalkan dengan senjata yang lebih baik, sedangkan mereka hanya diberi makan sekali sehari.

Terdapat mangsa penculikan tersebut yang dipaksa berkahwin dengan penculik mereka, dijual dengan harga $12 sebagai pengantin. Yang lain-lain pula dibawa ke sempadan Cameroon dan Chad. Perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak adalah perkara biasa di  utara Nigeria, dimana ia dibenarkan menurut undang-undang Islam tetapi tidak di negara-negara yang menggunakan undang-undang Barat.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa resah gelisah. Melalui esakan tangis, ibu kepada seorang pelajar berusia 15 tahun yang hilang berkata bahawa dia tidak lagi mempercayai pihak berkuasa. “Saya berasa sangat sedih kerana kerajaan Nigeria tidak menjaga dan mempedulikan anak-anak kami,” katanya. “Apa yang tinggal untuk kami hanyalah untuk berdoa kepada Tuhan supaya membantu mereka, dan menolong kami.”

Ibu kepada enam anak itu tertanya-tanya apa yang bakal berlaku terhadap anaknya itu yang bercita-cita besar ingin menjadi seorang doktor. Anaknya itu banyak menghabiskan masa menjaga keluarganya, dan akan memasak apa sahaja makanan yang ingin dimakan oleh ibunya. “Dia anak saya yang pertama, yang terbaik,” kata ibu tersebut yang kemudiannya menjerit diikuti esak tangis yang meruntun hati. “Sebagai ibu, apa yang saya perlu buat sekarang?”

Satu cara untuk mendapatkan kembali mangsa-mangsa penculikan tersebut adalah melalui rundingan, menurut ulama Islam yang telah berunding bagi membeaskan tebusan sebelum ini. Menurut ulama tersebut yang enggan dikenali kerana posisinya mendapat reaksi negatif dari Boko Haram, berkata militan tersebut bersedia untuk membebaskan mangsa dengan wang tebusan, tetapi tidak memberikan harga yang spesifik.

Budak perempuan berusia 16 tahun tersebut kerap memikirkan tentang rakan-rakannya yang lain, dan tertanya-tanya mengapa dia dapat menyelamatkan diri sedangkan yang lain masih dalam tahanan. Kadangkala dia berasa takut dan kadangkala berasa marah. “Saya sangat bertuah dan saya bersyukur kepada Tuhan untuk itu,” katanya. “Tetapi Tuhan mesti tolong mereka yang lain … Keluarga mereka sangat risau. Setiap hari, semua orang menangis”.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: RM14.2 Juta Tuntutan Insurans Telah Diserah Kepada Waris MH370

Mangsa Penculikan Nigeria Yang Terselamat Menceritakan Detik Serangan
zyra roxx

Nota: