Tribute Untuk Nelson Mandela Yang Meninggal Dunia Pada 5 Disember 2013

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Tribute Untuk Nelson Mandela Yang Meninggal Dunia Pada 5 Disember 2013 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah dunia dikejutkan dengan kematian Ahmad Ammar di Turki pada 2 November 2013 dan kemalangan maut Paul Walker beberapa hari lepas, sekali lagi dunia kehilangan seseorang yang telah banyak berjasa dalam memperjuangkan sifat kemanusiaan dalam menghapuskan dasar apartheid.

nelson mandela 300x225 Tribute Untuk Nelson Mandela Yang Meninggal Dunia Pada 5 Disember 2013

Pemimpin dunia, ahli politik, celebriti dan tokoh masyarakat seluruh dunia berkabung atas pemergian Nelson Mandela, aktivis anti-apartheid dan presiden berkulit hitam pertama Afrika Selatan, yang telah meninggal dunia pada 5 Disember 2013, di usia 95 tahun.

Banyak kenyataan dikeluarkan sempena dengan pemergiaannya yang datang dari seluruh dunia. Presiden Barack Obama di White House mengatakan yang beliau adalah salah seorang daripada bilangan manusia yang tidak terkira yang mengambil inspirasi daripada kehidupan Mandela dan maruahnya yang tinggi.

Obama berkata,” Beliau telah mencapai lebih daripada apa yang mampu diharapkan daripada manusia lain”. Beliau menambah lagi,”Madiba telah mentransformasi Afrika Selatan dan mengubah kita semua.”

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang mula-mula memberitahu tentang kematian Mandela mengatakan,”Beliau sekarang sedang berehat. Beliau sekarang dalam keamanan”.

Zuma berkata lagi,”Negara kita telah kehilangan anaknya yang paling hebat. Rakyat kita telah kehilangan ayah mereka”.

Di United States, bekas presiden George H. W. Bush berkata dalam penyataannya bahawa ikon Afrika Selatan yang dihormati ini “adalah seorang lelaki dengan keberanian moral yang besar, yang mengubah sejarah negaranya”

Anak lelakinya pula, bekas presiden, George W. Bush berkata Mandela adalah “salah satu kuasa besar untuk kebebasan dan penyamarataan di zaman kita”, yang “bertahan dengan bebanannya dengan maruah dan kesopanan, dan dunia kita menjadi lebih baik dengan adanya contoh seperti beliau”.

Bekas presiden, Jimmy Carter meluahkan perasaannya dalam pernyataan,”Keinginannya untuk kebebasan dan keadilan mencipta harapan baru untuk generasi manusia yang ditindas di seluruh dunia”.

“Saya tidak akan melupakan kawan saya Madiba,” bekas presiden Bill Clinton tweet, dan Setiausaha State, John Kerry berkata Mandela “akan sentiasa diingati sebagai perintis keamanan.”

“Kekuatan Mandela sebagai guru adalah beliau tidak hanya menasihati kita tentang apa yang perlu dilakukan, beliau menunjukkan kita caranya,”kata bekas Setiausaha State, Madeleine Albright.

Perdana Menteri British, David Camoron tweet,”Cahaya yang hebat telah pergi dari dunia ini. Nelson Mandela adalah hero masa kita.”

Semasa meninggalkan tayangan perdana untuk filem “Mandela: Long Walk To Freedom” yang dihadirinya bersama-sama isterinya di London, Putera Williom berkata yang berita kematian Mandela adalah “sangat sedih dan tragik. Kita baru diingatkan betapa Nelson Mandela adalah sangat luar biasa dan menginspirasikan.”

Pelakon, Idris Elba yang melakonkan watak Mandela dalam filem tersebut berkata yang beliau sangat terkejut dengan berita itu,”Kita baru sahaja kehilangan salah seorang manusia yang paling hebat yang telah berjalan di atas bumi ini, saya sangat berasa dihormati untuk dikatikan dengannya”

Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu, Ban Ki-moon berkata beliau sangat sedih dengan pemergian bekas presiden yang digambarkan sebagai “seorang lelaki dengan maruah yang tenang dan pencapaian yang menjulang tinggi, gergasi untuk keadilan dan inspirasi manusia yang merendah diri.”

Oprah Winfrey berkata yang dia diberi penghormatan apabila berpeluang untuk berjumpa dengan Mandela. “Beliau adalah segalanya yang kamu pernah dengar dan lebih lagi- merendah diri dan tidak terjejas dengan kepahitan. Dan beliau selalu suka untuk memberitahu gurauan yang baik. Berada dalam kehadirannnya adalah seperti duduk dengan rahmat dan keagungan pada masa yang sama,”

nelson mandela meninggal dunia 300x225 Tribute Untuk Nelson Mandela Yang Meninggal Dunia Pada 5 Disember 2013

Orang yang berkabung memberi penghormatan kepada ikon anti-apartheid Afrika Selatan yang dihormati, yang meninggal dunia pada 5 Disember 2013

Betapa beliau diingati kerana jasanya. Teacher Muja pun berharap akan diingati dengan kebaikan yang kita lakukan berbanding dengan keburukan yang ada pada diri ini. Semoga kehidupan kita meninggalkan impak positif dalam dunia ini walaupun bukan untuk semua orang, sekurang-kurangnya ada sebahagian yang akan bermurah hati untuk menyedekahkan al-Fatihah apabila teringatkan kita. Amiin.

Wassalaam.

If you enjoyed this post, you should read this: MusicGroup

Tribute Untuk Nelson Mandela Yang Meninggal Dunia Pada 5 Disember 2013
muja

Nota: