Malaysia Vs Barcelona 10 Ogos 2013

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Malaysia Vs Barcelona 10 Ogos 2013 | Pada malam ini akan berlangsungnya satu perlawanan persahabatan antarabangasa antara pasukan Malaysia menentang pasukan terkemuka dunia Barcelona FC.

Perlawanan yang julung-julung kalinya diadakan ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam setelah venue asal di Stadium Nasional Bukit Jalil ditukar. Perlawanan akan diadakan pada jam 8:45 Malam.

Malaysia Vs Barcelona 10 Ogos 2013

malaysia vs barcelonaFC 2013 Malaysia Vs Barcelona 10 Ogos 2013

Pasukan Barcelona FC sudah semestinya menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini setelah membelasah pasukan Juara Liga dari Brazil iaitu Santos FC dengan jaringan 8-0. Untuk malam ini Dr Fuh jangkakan perlawanan akan perakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Barcelona FC dengan jaringan 6-0.

Namun demikian, K Rajagopal yang sedang dibayangi FAM dengan prestasi yang amat mengecewakan pastinya ingin melakukan sesuatu untuk membersihkan namanya semula apabila skuadnya menunjukkan prestasi yang amat mengecewakan semasa erlawanan Malaysia Vs Chelsea FC 21 Julai 2013 yang lalu. Sama-sama kita nantikan perlawanan pada malam ini. Adakah K Rajagopal dan anak buahnya mampu kembali menambat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap mereka? Jika prestasi buruk lagi yang ditunjukkan apakah lagi alasan yang akan diberikan K Rajagopal??

P/s: Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui siaran TV 3. Untuk menonton Live Streaming anda boleh pergi ke laman rasmi TV 3 atau mana-mana website yang menyediakan link live streaming.

If you enjoyed this post, you should read this: Ayat Al Quran Hilang Warga Gempar Sekolah Agama Maahad Saniah

Malaysia Vs Barcelona 10 Ogos 2013
Dr Fuh

Nota: