Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Pada malam ini akan berlangsungnya rancangan realiti yang paling popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11.

Pada minggu lepas iaitu Minggu 10, kumpulan Comey telah disingkirkan dari Maharaja Lawak Mega 2013. Persaingan dilihat semakin sengit dimana cuma tinggal 6 kumpulan sahaja akan berentap pada malam ini. 6 kumpulan tersebut adalah kumpulan Jambu, Sepahtu, Jambu, Nabil, Shiro, SYJ dan juga kumpulan Bocey.

maharaja lawak mega minggu 11 Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11

Bermula minggu ke 11 ini, para peserta diarahkan untuk melakukan 2 persembahan dengan 2 tema yang berbeza. Tema yang dipilih oleh juri tetap Maharaja Lawak Mega 2013 iaitu Datuk Yusuf Haslam dan Nora Danish dari Malaysia, Luna Maya dari Indonesia dan Sheikh Haikal dari Singapura adalah Karoot Komedia dan komedi senyap atau dalam bahasa lainnya Silence Comedy.

Pujian harus diberikan kepada Nabil yang merupakan satu-satunya peserta solo dan mampu untuk bertahan sehingga di minggu kesebelas. Tidak ramai pelawak pada hari ini mampu untuk bergerak secara solo dan bertanding di atas gelanggang besar seperti MLM.

Jambu juga turut mencuri tumpuan dengan idea lawak ‘menggila’ mereka yang sering membuat para penonton keliru tetapi tetap menghiburkan.

Lebih mengejutkan, dua nama baru dalam bidang komedi tanah air iaitu Bocey dan SYJ yang berjaya membuktikan mereka harus diberi perhatian oleh peminat-peminat bidang lawak tanah air selepas berjaya berada di gelanggang MLM sehingga di minggu kesebelas.

Pada jangkaan Dr Fuh, malam ini persembahan akan diungguli oleh kumpulan Jambu kerana tema Silence Comedy tak keterlaluan Dr Fuh katakan adalah makanan Tauke dan Pak Yus.

Diharapkan kesemua peserta akan memberikan persembahan terbaik mereka dan tidak menghampakan. Walau bagaimana pun, Dr Fuh rasa semua peserta akan membuat persembahan terbaik mereka untuk kekal dalam Maharaja Lawak Mega 2013 dan melangkah ke pusingan Separh Akhir minggu hadapan.

Sama-sama kita nantikan kumpulan manakah yang bakal tersingkir dan kumpulan manakah yang bakal membuat kejutan pada malam ini.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Wow! Basikal Berkuasa Jet Yang Terpantas Didunia

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11
Dr Fuh

Nota: