Mailbox Menambah Sokongan Yahoo! Mail Dan iCloud

Mailbox sedia diperkenalkan untuk umum, yang mana berfungsi sebagai klien emel di peranti iOS. Setelah hanya menawarkan sokongan emel untuk GMail sahaja, hari ini pembangunnya menambah sokongan untuk beberapa akaun emel yang lain.

Melalui kemaskini hari ini, Mailbox yang dimiliki oleh Dropbox menyokong akaun emel Yahoo! Mail dan juga iCloud (iCloud, Me.com, Mac.com).

Pengenalan ini juga sekaligus memberikan idea yang mana mereka mungkin akan menambah sokongan untuk pelbagai jenis akaun lain pada masa akan datang.

Bagi pengguna peranti iOS, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi Mailbox dan memudahkan anda dalam menguruskan pelbagai emel anda.

Nota: