HTC Memperkenalkan Aplikasi FootballFeed Untuk Peminat Sukan Bola Sepak

HTC sedia menawarkan sokongan Blinkfeed kepada pengguna peranti mereka, dan terkini, pengeluar telefon pintar tersebut juga turut bekerjasama dengan UEFA dalam hadir dengan aplikasi FootballFeed untuk pengguna Android.

Aplikasi ini dilihat boleh digunakan oleh pengguna Android seluruh dunia, dan bukan hanya terhad kepada pengguna peranti HTC sahaja. Menggunakannya, pengguna boleh mengikuti kemaskini berita berkaitan dunia bola sepak, disamping mengikuti kemaskini perlawanan, kedudukan pasukan dan sebagainya.

HTC FootballFeed

Selain itu, aplikasi ini dilihat turut menyertakan kemaskini langsung permainan ketika ia berlangsung, disamping pengguna boleh menetapkan pasukan kegemaran mereka dalam mengikuti perkembangan pasukan tersebut dengan mudah.

Bagi mereka yang meminati bola sepak, dan menggunakan peranti Android 4.1 Jelly Bean dan terkini, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Nota: