Lumia 530 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Nampaknya pada minggu hadapan kita akan dapat melihat beberapa peranti baru dilancarkan di pasaran tempatan. Selain daripada Motorola Moto E, kini dilihat pihak Microsoft turut menjadualkan sebuah acara khas pada minggu hadapan untuk pengenalan peranti baru mereka.

Lumia 530 Malaysia

Melalui emel yang dihantar, pihak Microsoft memperlihatkan gambar peranti Nokia Lumia 530, sekaligus memperlihatkan ia bakal dilancarkan di Malaysia pada tarikh 12 Ogos ini.

Lumia 530 telah diperkenalkan pada penghujung bulan Julai lepas, dimana ia hadir dengan cip empat-teras 1.2Ghz, kamera belakang 5-megapixel tanpa LED Flash, dan juga skrin bersaiz 4-inci.

Nokia Lumia 530

Apa yang menariknya, peranti ini hadir dengan Windows Phone 8.1, sekaligus membolehkan pengguna menikmati pelbagai fungsi menarik seperti Action Center, papan kekunci WordFlow dan sebagainya terus pada peranti ini.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai tarikh jualan dan harga untuk peranti ini melalui pengumuman rasmi pihak Microsoft pada minggu hadapan.

The post Lumia 530 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan appeared first on Amanz.

Nota: