Microsoft Menjadualkan Acara Khas Pada 20 Mei – Mungkinkah Surface Mini?

Microsoft hari ini dilihat telah mula menghantar jemputan untuk media-media di Amerika Syarikat, untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 20 Mei kelak.

Melalui jemputan yang dihantar, Microsoft sekadar mengatakan “Join us for a small gathering”, sekaligus membuatkan ramai hadir dengan spekulasi berkaitan dengan Surface Mini daripada Microsoft.

Desas-desus berkaitan dengan Surface Mini bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas, dimana Microsoft sedang menyiapkan sebuah tablet bersaiz kecil – antara 7-inci ke 8-inci – yang mana menjalankan sistem operasi Windows RT.

Ia tidak diketahui sepenuhnya adakah Microsoft akan memperkenalkan ia pada tarikh tersebut ataupun sebaliknya. Apa pun, sama-sama kita nantikan 20 Mei ini untuk kejutan daripada Microsoft kelak.

Nota: