Logitech Mengumumkan Beberapa Produk Baru Untuk Pasaran Tempatan – Tetikus Dan Speaker

Logitech hari ini mengumumkan beberapa produk baru untuk pasaran Malaysia, yang mana terdiri daripada beberapa aksesori baru dengan rekaan yang menarik, terutamanya dari segi tetikus dan juga speaker.

Logitech SpeakerMenjadi fokus utama mereka adalah tiga produk baru, iaitu Logitech Multimedia Speaker Z443, Logitech Colour Collection M235, dan juga Logitech G502 Proteus Core.

Logitech Multimedia Speaker Z443 membawakan sedikit rekaan, selain mengekalkan penawaran bunyi yang baik pada saiz kompak. Di Malaysia ia ditawarkan pada harga RM299.

Logitech M235 Colour Collection pula menawarkan tetikus wireless dalam empat pilihan warna, pada harga RM59 setiap satu. Selain Logitech Colour Collection M235, pihak Logitech turut membawa masuk Logitech G502 Proteus Core yang mana merupakan tetikus pertama di dunia dengan sensori 12,000DPI – sekaligus menawarkan penggunaan yang baik dan responsif. Ia turut dioptimasikan dan memfokuskan kepada para pemain permainan video di komputer mereka. Logitech G502 Proteus Core dijual pada harga RM239 di Malaysia.

Selain daripada produk ini, pihak Logitech turut mengatakan akan membawa masuk Logitech M545, Logitech M165 dan Logitech MK240 ke pasaran Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Nota: