Lenovo Mengambil-Alih Bahagian Pelayan Bawahan Milik IBM Pada Harga $2.3 Bilion

Beberapa tahun yang lepas, Lenovo telah sedia membeli bahagian perkomputeran Thinkpad daripada IBM. Kini, mereka turut dilihat mengambil-alih bahagian pelayan bawahan x86 (low-end server) daripada IBM pada harga sekitar $2.3 bilion.

Dengan pengambil-alihan ini ia akan membuatkan lebih kurang 7,500 pekerja IBM berubah dan bekerja untuk Lenovo.

IBM dikatakan akan terus membangunkan perisian untuk platform x86, selain mana kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk beberapa perkara, termasuk bahagian penyelanggaraan yang akan dibantu oleh IBM untuk jangka masa tertentu.

IBM seperti biasa akan terus menawarkan pelayan dengan spesifikasi atasan kepada pelanggan mereka, dan hanya bahagian pelayan bawahan sahaja yang dijual kepada Lenovo.

Seperti biasa, pengambil-alihan ini masih perlu melalui pengesahan pihak berkuasa sebelum selesai sepenuhnya.

Nota: