LG Memperkenalkan LG G Pro 2 – Menyertakan Sokongan Rakaman 4K

Selain sebuah gambar teaser untuk LG G2 Mini, hari ini pihak LG turut memperkenalkan sebuah telefon pintar baru mereka, iaitu LG G Pro 2. Peranti bersaiz 5.9-inci ini dilihat menyertakan rekaan dengan butang fizikal pada bahagian belakang, lebih kurang seperti G2 sebelum ini.

LG G Pro 2

LG G Pro 2 turut menyertakan kamera 13-megapixel untuk rakaman video 4K pada kadar rakaman 120fps, selain mana beberapa fungsi khusus untuk kamera seperti Magic Focus (fokus gambar selepas rakaman diambil), Natural Flash, Flash for Selfie, Burst Shot dan juga Gallery Collage. Sokongan teknologi OIS+ turut disertakan untuk membolehkan pengguna merakamkan gambar yang jelas.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi cip Qualcomm Snapdragon 800 2.26GHz, memori 3GB RAM, kamera hadapan 2-megapixel, bateri berkapasiti 3200mAh, dan menggunakan sistem operasi Android 4.4 KitKat.

LG turut melengkapkan ia dengan beberapa fungsi baru seperti Content Lock (membolehkan pengguna menambah kata laluan pada fail, gambar dan video), Mini View (membolehkan pengguna menjadikan skrin kecil untuk penggunaan sebelah tangan) dan juga Dual Browser (membahagikan skrin kepada dua bahagian).

LG G Pro 2 ini bakal diperlihatkan LG pada acara Mobile World Congress di Barcelona hujung bulan ini.

Nota: