Sony Memperkenalkan Sony Xperia Z1 Compact

 

Selalunya apabila edisi kecil sesebuah telefon pintar dihasilkan ia akan mempunyai spesifikasi lebih rendah berbanding edisi utama (flagship). Ini dapat kita lihat pada peranti seperti Samsung Galaxy S4 Mini. Sony sebentar tadi memperlihatkan Xperia Z1 Compact, edisi mini Xperia Z1 yang mengekalkan majoriti spesifikasi asal Z1. Ia mempunyai skrin Triluminos  4.3″ Triluminos berbanding 5″ Z1. Xpreria Z1 Compact  diperkasakan pemproses 2.2 GHZ Snapdragon 800 empat teras, 2 GB RAM , memori dalaman 16 GB dan juga kamera 20.7 MP dengan G Lens. Perbezaan ketara hanyalah pada resolusi skrin yang kini hanyalah 720P dan bukannya 1080P.

Apa yang ingin dilakukan Sony ialah menghasilkan versi mini telefon terbaik mereka tanpa mengurangkan kemampuannya berbanding versi asal. Diharap pengeluar-pengeluar peranti pintar yang lain akan mengikuti langkah Sony ini kerana ikhlas kami katakan versi mini yang berkemampuan lebih rendah bukan sahaja tidak berbaloi untik dimiliki, menimbulkan kekeliruan dan merosakkan sahaja nama baik telefon utama yang mereka hasilkan. Xperia Z1 Compact akan menemui pasaran pada suku pertama tahun ini dengan empat pilihan warna iaitu putih, hitam, merah jambu dan hijau . Nantikan ulasan peranti ini apabila ianya tiba di pasaran Malaysia kelak.

0_Xperia_Z1_Compact 22_DK32_Phone

 

Nota: