Klon iPhone 6 Hadir Di China – Jauh Sebelum Apple Mengumumkannya Secara Rasmi

Apple dijangka akan mengumumkan telefon pintar generasi baru mereka dalam beberapa bulan lagi, dan menariknya, jauh sebelum pihak Apple mengumumkannya secara rasmi, iPhone 6 versi klon sudah boleh didapati di China.

iPhone 6 Klon

iPhone 6 Klon

Peranti klon iPhone 6 ini hadir menyerupai beberapa rekabentuk yang tertiris sebelum ini – disamping turut membawakan sistem operasi yang menyerupai iOS baru.

Bercakap mengenai iPhone generasi baru, Apple dikatakan akan hadir dengan dua variasi, iaitu satu yang bersaiz 4.7-inci, dan juga satu lagi bersaiz 5.5-inci. Kedua-duanya bakal menggunakan cip pemprosesan Apple terbaru, disamping turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti lebih besar berbanding sebelumnya.

Jadi, kembali kepada topik asal, apa kata anda berkenaan dengan peranti klon ini? Jika peranti akhir daripada Apple kelak membawakan rekaan sebegini, adakah anda akan membelinya?

Nota: