Klien Snapchat Untuk Windows Phone 8, 6snap Diperkenalkan

Daripada pembangun aplikasi popular 6tag dan juga 6sec, hari ini beliau menambah tawaran aplikasi beliau dengan memperkenalkan klien Snapchat untuk Windows Phone 8 – dinamakan sebagai 6snap.

6snap

Bagi yang tidak mengenali perkhidmatan Snapchat, ia merupakan salah satu aplikasi permesejan gambar, membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar, video, menambah teks dan lukisan sebelum menghantar ia kepada mereka yang diingini. Pengguna juga boleh menetapkan had masa sebelum gambar tersebut dipadam daripada perkhidmatan tersebut.

Untuk 6snap, selain menawarkan pelbagai fungsi asas, ia juga turut hadir dengan sokongan Lense pada Windows Phone serta integrasi dengan Live Tiles.

Perkhidmatan Snapchat ini boleh dikatakan masih tidak popular di Malaysia buat masa ini. Apa pun, sekiranya anda menggunakan Windows Phone, dan ingin mendapatkan pengalaman penggunaan Snapchat, mungkin boleh memuat-turun klien tidak rasmi untuknya, 6snap.

Nota: