Astro Akan Menawarkan Pelbagai Aplikasi Menarik Bersempena 2014 FIFA World Cup

Bagi para peminat bola sepak, semestinya untuk tahun ini 2014 FIFA World Cup akan menjadi salah satu fokus utama, dan pihak Astro dilihat akan menawarkan beberapa kandungan menarik melalui platform mereka.

Astro 2014 FIFA World Cup

Bagi para pelanggan Astro dan juga NJOI, anda boleh menyaksikan kesemua 64 perlawanan bola sepak secara langsung dengan membeli “Pas Bola Sepak” pada harga RM100, ataupun menonton hanya perlawanan tertentu melalui bayaran untuk setiap tontonan pada harga RM6 bagi setiap perlawanan.

Selain daripada tawaran kandungan melalui televisyen, Astro juga untuk tahun ini dilihat akan menawarkan beberapa aplikasi menarik untuk pengguna dalam mengikuti kandungan berkaitan 2014 FIFA World Cup.

Aplikasi utama yang ditawarkan oleh Astro adalah Astro Go 2014 FIFA World Cup yang mana menawarkan pelanggan Astro untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung menggunakan peranti iOS dan juga Android mereka. Seperti pelanggan Astro yang lain, “Pas Bola Sepak” diperlukan untuk mengaksesnya. Aplikasi ini akan ditawarkan untuk iOS dan juga Android bermula 4 Jun kelak.

Selain itu, Astro turut menyediakan sebuah aplikasi interaktif, dinamakan “Ola Bola Football Predictor” yang mana membolehkan anda meramal skor yang akan dijaringkan pada sesuatu perlawanan, dan mendapat mata untuk ramalan yang betul – sekaligus bersaing dengan rakan-rakan anda. Aplikasi ini turut akan ditawarkan untuk iOS dan juga Android, bermula daripada 26 Mei kelak.

Bagi para peminat permainan bola sepak fantasi, Astro menyediakan Stadium Astro Fantasy Olabola, yang membolehkan anda menguruskan pasukan bola sepak tersendiri, dan bersaing dengan rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan skor markah tertinggi.

Untuk mereka yang gemar membaca, dan ingin mengikuti perkembangan semasa piala dunia, Astro Go Read disediakan, yang mana akan menawarkan pelbagai kandungan digital melaluinya. Selain itu, Astro Go Listen turut disediakan untuk mereka yang lebih selesa untuk mendengar perkembangan berkaitan 2014 FIFA World Cup.

Dan akhir sekali, pihak Astro turut dilihat menyediakan halaman setempatn mereka, dinamakan StadiumAstro dalam menyediakan pelbagai kemaskini semasa berkaitan piala dunia akan datang ini.

Selain Astro, mungkin kita turut akan dapat melihat beberapa penawaran aplikasi lain daripada penyedia kandungan lain dalam masa terdekat ini.

Nota: