Celcom Memulakan Pra-Daftar Untuk iPad Mini 2 Dan iPad Air

Apple telah pun memperkenalkan iPad Mini 2 dengan paparan Retina dan juga iPad Air (yang mana merupakan iPad generasi kelima). Kini, nampaknya kedua-duanya akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi, dan pihak Celcom telah pun memulakan pra-tempahan untuknya.

iPad Air merupakan generasi kelima iPad bersaiz 9.7-inci, dimana ia hadir dengan cip pemprosesan A7 daripada Apple, lengkap dengan skrin Retina. iPad Mini 2 pula adalah generasi kedua iPad bersaiz 7.9-inci yang mana kini hadir dengan kemaskini spesifikasi dan juga sokongan skrin Retina padanya.

Celcom iPad Air

Celcom iPad Mini Retina

Buat masa ini, pihak Celcom hanya sekadar memulakan pra-daftar sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan mula dijual kepada umum. Mereka yang berminat boleh melakukan pra-daftar di laman Celcom hari ini.

Nota: