Kemaskini HTC Sense 6.0 Hadir Untuk Pengguna Butterfly S Di Malaysia

Selang beberapa hari selepas Sense 6.0 ditawarkan untuk para pengguna HTC One 2013, kini pihak HTC Malaysia turut sama telah mula menawarkan kemaskini antaramuka yang sama kepada pengguna telefon pintar HTC Butterfly S.

HTC Butterfly S sebelum ini telah ditawarkan di Malaysia sejak daripada bulan Ogos 2013 yang lepas, dimana ia hadir menggunakan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.9GHz, dan memori 2GB RAM. Ketika pelancaran ia menggunakan Sense 5, dan kini pengguna boleh menikmati Sense 6.0 seperti mana yang digunakan pada HTC ONe M8.

Melalui kemaskini bersaiz sekitar 660MB ini, ia membawakan beberapa pembaharuan, dimana selain daripada antaramuka keseluruhan, ia juga turut membawakan penambah-baikkan pada Blinkfeed, galeri, dan juga kamera.

Bagi pengguna peranti Butterfly S, anda boleh mengemaskini peranti anda dengan ke halaman Settings > About > Software Updates hari ini.

Nota: