Samsung Sedang Mempertimbangkan “KitKat” Untuk Peranti Spesifikasi Pertengahan?

Samsung sedia mempunyai beberapa peranti dengan spesifikasi pertengahan, seperti Galaxy S3 Mini, Galaxy S4 Mini, Galaxy Ace 3 dan beberapa yang lain. Kini, ia dikatakan Samsung sedang berkira-kira dan mempertimbangkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuknya.

Seperti semua sedia maklum, Android 4.4 KitKat telah sedia dioptimasikan oleh Google untuk dijalankan pada peranti dengan spesifikasi rendah tanpa sebarang masalah.

Ia masih lagi dikatakan pada peringkat perbincanga buat masa ini, dan keputusan akhirnya masih tidak diketahui. Beberapa peranti yang telah berada di pasaran lebih 18 bulan juga dijangka tidak akan menerimanya, memandangkan polisi pengeluar Android yang menyokongnya sekitar 18 bulan sahaja.

Apa pun, sama-sama kita nantikan adakah Samsung akan memperkenalkan kemaskini KitKat dengan antaramuka TouchWiz untuk beberapa peranti spesifikasi pertengahan mereka ataupun sebaliknya.

Nota: