Instagram Akan Ke Windows Phone Tidak Lama Lagi

Instagram Akan Ke Windows Phone Tidak Lama LagiAplikasi Instagram telah dinantikan sekian lama oleh para pengguna Windows Phone, dan hari ini di Nokia World, ia diumumkan yang mana aplikasi rasmi Instagram akan hadir ke platform tersebut dalam beberapa minggu lagi.

Buat masa ini, pengguna Windows Phone terpaksa bergantung kepada beberapa klien pihak ketiga seperti 6tag dan sebagainya untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Semestinya dengan fokus pihak Instagram untuk memperkenalkan pengiklanan pada perkhidmatan tersebut, mereka ingin menawarkan klien rasmi mereka sekaligus menjana pendapatan melaluinya.

Selain daripada Instagram, aplikasi Vine juga bakal diperkenalkan pada Windows Phone tidak lama lagi.

Nota: