Office Untuk iPad Diperkenalkan – Aplikasi Word, Excel Dan PowerPoint Sedia Dimuat-Turun

Lanjutan daripada pelbagai ura-ura berkaitan Microsoft Office untuk iPad, hari ini pihak Microsoft secara rasminya memperkenalkan aplikasi Word, Excel dan juga PowerPoint untuk para pengguna tablet daripada Apple tersebut.

Microsoft Office iPad

Aplikasi Word, Excel dan PowerPoint ini masing-masing membawakan rekaan antaramuka yang lebih kurang sama seperti versi di Windows, dan memudahkan pengguna untuk menyimpan dokumen bukan hanya pada iPad, tetapi termasuk di OneDrive dengan mudah.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna, namun hanya membolehkan mereka membaca dan melihat dokumen sahaja. Sekiranya mereka ingin membuat penyuntingan, mereka memerlukan langganan untuk Office 365 untuknya.

Bagi para pengguna tablet iPad, anda boleh memuat-turun setiap aplikasi ini percuma daripada iTunes AppStore hari ini.

Nota: