Pavlok : Peranti Boleh Pakai Yang Merenjat Anda Bila Malas Bersenam

Jumlah peranti boleh pakai semakin banyak di pasaran. Peranti – peranti boleh pakai ini boleh mengesan nadi dan jarak anda berlari. Ada juga yang dapat mengesan pola tidur anda dan memberitahu sama ada tidur anda nyenyak ataupun tidak. Pavlok ialah peranti boleh pakai yang mempunyai konsep dan tujuan berbeza. Ia bukan sahaja dapat mengesan jarak larian dan nadi anda, ia juga mampu menyeksa anda sekiranya anda gagal melakukan senaman yang secukupnya. Ini dilakukan dengan memberikan anda renjatan elektrik apabila anda malas berlari pada waktu – waktu yang anda tetapkan sendiri.

Pavlok ialah ciptaan Maneesh Sethi yang mahukan peranti boleh pakai yang lain dari yang lain. Kesemua fungsi peranti boleh pakai yang ada di pasaran sekarang adalah bagus tetapi ianya tidak berguna sekiranya anda tidak menggunakannya. Pavlok memberikan anda motivasi untuk bersenam dengan menghukum anda apabila malas. Ianya juga boleh digunakan sebagai jam loceng bagi membangunkan anda di waktu pagi. Kini tiada lagi alasan untuk obese seperti kami!

2 3

Sumber Pavlok

Nota: