HTC Dilaporkan Akan Hadir Dengan Kamera Kalis-Air – Bakal Menyaingi GoPro

HTC sedia menjadualkan sebuah acara khas pada bulan Oktober ini, dimana jemputannya dilihat memfokuskan kepada sokongan kamera. Selari dengannya, kini sebuah laporan baru hadir mengatakan HTC akan hadir dengan kamera khusus dengan sokongan kalis air – sekaligus membuatkan ia bersaing dengan beberapa pengeluar seperti GoPro dan lain-lain.

Menurut laporan daripada Bloomberg, kamera HTC ini akan hadir dengan sensor 16-megapixel lensa rakaman-luas, dan membolehkan ia berhubung ke peranti Android dan iOS. Kamera tersebut juga dijangka akan dilengkapi dengan sokongan Bluetooth dan juga WiFi.

Pengenalan kamera daripada HTC ini juga sekaligus menjadikan HTC terus memperluaskan penawaran produk mereka – selain daripada hanya menawarkan telefon pintar sahaja.

Nota: