Spesifikasi Awal Untuk HTC M8 Tertiris

HTC telah memulakan tahun 2013 dengan memperkenalkan HTC One yang menarik minat ramai pengguna, disamping memenangi pelbagai jenis anugerah. Untuk tahun 2014, semestinya ramai menantikan apakah yang akan dibawakan oleh pengeluar telefon dari Taiwan tersebut.

Buat masa ini, ia dikenali dengan nama kod “HTC M8″, dan seperti biasa, ia bakal membawakan kemaskini spesifikasi dan rekabentuk melaluinya.

Gambar peranti berkenaan masih tidak kelihatan buat masa ini. Namun, daripada pihak @evleaks, mereka telah menerbitkan beberapa spesifikasi awal untuk peranti baru tersebut.

Daripada apa yang dikongsikan, HTC M8 dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan Snapdragon MSM8974, memori sebanyak 2GB RAM, kamera HTC UltraPixel pada bahagian belakang, dan juga kamera 2.1-megapixel pada bahagian hadapan.

HTC M8 ini juga dijangka akan dilengkapi sistem operasi Android 4.4 KitKat serta antaramuka HTC Sense 6.0.

HTC One sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Februari 2013 yang lepas, dan mungkin kita akan melihat HTC M8 ini dilancarkan pada tarikh yang lebih kurang sama.

Nota: