GoPro Hadir Dengan Fetch – Cagak Untuk Membolehkan Anda Merakam Dari Perspektif Anjing

GoPro sedia popular dan digunakan ramai untuk merakamkan video dari pelbagai jenis perspektif berbeza, dan terkini pihak GoPro hadir dengan sebuah aksesori khusus memfokuskan kepada penggunaan pada anjing, dinamakan sebagai Fetch.

GoPro Fetch

Fetch ini dilihat hadir dengan dua bahagian yang boleh dipasang dengan kamera, membolehkan pengguna merakamkan dari perspektif yang berbeza – iaitu sama ada dari bahagian belakang seekor anjing, ataupun dari bahagian bawah muka anjing.

Seperti kebanyakkan produk GoPro, Fetch ini turut hadir dengan sokongan tahan lasak, dan boleh dibasuh dengan mudah. Ia turut membawakan rekaan yang boleh dilaraskan dan disesuaikan dengan badan seekor anjing.

Apa pun, dari segi harga boleh dikatakan ia agak tinggi, dimana Fetch dijual pada harga $59.99 (~RM189.72).

Dengan pengenalan Fetch untuk anjing ini, mungkinkah kita turut akan melihat sesuatu perkara yang sama hadir untuk kucing?

Nota: