Xiaomi Turut Hadir Dengan Gelang Tangan Pintar – Pada Harga Sekitar RM40

Pada acara sama, pihak Xiaomi turut mengambil peluang untuk memperkenalkan gelang tangan pintar mereka tersendiri yang diperkatakan sebagai Mi Band sebelum ini, dimana ia membawakan tanda harga yang amat mengejutkan – pada RMB 79 (~RM40).

Xiaomi Mi Band

Daripada apa yang diperlihatkan, gelang tangan pintar ini tidak membawakan sebarang skrin, dan lebih memfokuskan kepada sokongan penggunaan untuk kecergasan – seperti memantau gerakan, larian, dan sebagainya. Peranti ini turut ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, disamping dijangka boleh digunakan pada pelbagai peranti Android.

Xiaomi Mi Band ini turut hadir dengan sokongan kalis air, disamping membolehkan pengguna mengakses peranti mereka tanpa kata laluan menggunakannya.

Xiaomi Band

Apa pun, apa yang mengejutkan adalah harganya sendiri, dimana pihak Xiaomi boleh menetapkan harganya pada amat rendah, sekaligus akan membolehkan lebih ramai mencuba sendiri gelang tangan pintar mereka tanpa perlu menghabiskan wang mendapatkan jenama lain yang dijual pada harga lebih mahal.

Xiaomi Mi Band

Nota: