GooPhone Hadir Dengan Klon Galaxy Note 4 Sebelum Pengumuman Rasmi

Goophone N4GooPhone merupakan salah satu pengeluar yang sering hadir dengan pelbagai peranti berbentuk klon. Sebelum ini, mereka telah hadir dengan klon peranti Apple jauh sebelum pengumuman rasmi iPhone, dan kini mereka membuatnya sekali lagi dengan memperkenalkan Goophone N4 sebelum pengumuman rasmi Galaxy Note 4 oleh Samsung.

Dari segi spesifikasi Goophone N4, ia menyertakan spesifikasi yang agak tinggi, termasuk skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, cip pemprosesan lapan-teras MediaTek MT6592 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapaisiti 3200mAh, serta ruangan storan bersaiz 16GB.

Sebagai perbandingan, boleh dikatakan tenaga pemprosesan dan spesifikasi di Galaxy Note 4 akan lebih tinggi, disamping sokongan perisian yang dibawakan olehnya akan berbeza – apatah lagi dengan Samsung yang sering menyertakan beberapa perkara tambahan pada peranti mereka.

Apa pun, bagi mereka yang hanya mementingkan sekadar secara luaran sahaja, mungkin akan mendapatkannya, apatah lagi dengan Samsung yang masih belum mengumumkannya secara rasmi buat masa ini.

Selain GooPhone N4, pihak mereka juga sebelum ini telah hadir dengan GooPhone i6 – klon peranti mereka untuk iPhone 6 akan datang.

Nota: