Acer Memperkenalkan Dua Telefon Pintar Android – Liquid E3 Dan Liquid Z4

Acer sebelum ini telah mengeluarkan sebuah gambar teaser khas, dan hari ini dilihat mengumumkan dua telefon pintar baru yang berasaskan Android – iaitu Liquid E3 dan juga Liquid Z4.

Acer Liquid  E3

Acer Liquid E3 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan.Telefon ini dilengkapi skrin sentuh bersaiz 4.7-inci HD IPS, menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz, dan memori 1GB RAM. Untuk kamera belakang, ia menggunakan sensor 13-megapixel, dan 2-megapixel untuk kamera hadapan. Telefon pintar ini dilengkapi dengan Android 4.2.2 Jelly Bean, dan pihak Acer mengatakan kemaskini Android 4.4 KitKat akan datang tidak lama lagi.

Acer Liquid Z4

Acer Liquid Z4 pula merupakan telefon pintar mampu-milik daripada Acer. Ia menggunakan skrin sentuh bersaiz 4-inci, cip pemprosesan 1.3GHz, dan kamera belakang 5-megapixel. Peranti ini akan menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean.

Kedua-dua telefon pintar ini turut akan menggunakan beberapa fungsi tambahan daripada Acer, seperti Float Caller dan sebagainya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan. Acer dijangka akan menawarkannya di pasaran global bermula bulan April kelak.

Nota: