Google X Pernah Cuba Bereksperimen Dengan Hoverboard Dan juga Elevator Angkasa

Google X merupakan salah satu divisyen didalam Google yang memfokuskan kepada pembangunan idea-idea unik dan sukar direalisasikan. Mereka sebelum ini pernah berkongsi beberapa idea, termasuk Project Loon, Google Glass, kereta yang dipandu automatik dan beberapa yang lain.

Menariknya, bukan itu sahaja yang dibangunkan oleh mereka, malah Google X pernah bereksperimen dengan beberapa idea seperti pada filem fiksyen, termasuk bereksperimen dengan idea hoverboard dan juga elevator angkasa.

Hoverboard

Hoverboard boleh dikatakan agak popular dikalangan peminat cerita Back To The Future. Google pernah cuba membangunkannya dan menggunakan magnet dalam memastikan ia terapung. Ia dikatakan ia telah dihasilkan dalam saiz yang amat kecil, tetapi pasukan disebaliknya membatalkan niat untuk meneruskannya kerana beberapa perkara berkaitan, termasuk salah satunya adalah kosnya kelak selain isu untuk menampung berat apabila saiz besar dihasilkan. Walaupun ia mungkin antara perkara yang ingin diatasi, namun memandangkan ia tidak memberikan impak yang begitu besar dalam ekonomi dan komuniti, maka eksperimen berkenaan dibatalkan.

Selain hoverboard, pihak Google X turut pernah bereksperimen untuk membuat elevator angkasa, tetapi ia menghadapi masalah teknikal apabila mereka tidak menemui bahan yang mampu bertahan dan lebih kurang seratus kali ganda kukuh berbanding besi.

Google X dilihat hanya sekadar menangguhkan eksperimen elevator angkasa ini, dan sentiasa melihat pelbagai perkembangan dalam arena carbon nanotube.

Google X turut dijangka akan memperkenalkan satu lagi projek baru mereka pada tahun ini – yang mana semestinya dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

Nota: