Google Memperkenalkan Chromebox Memfokuskan Telesidang Dan Mesyuarat

Google sedia menawarkan perkhidmatan mereka untuk perusahaan seperti Google Apps dan sebagainya. Hari ini mereka melangkah setapak kehadapan lagi dengan mengumumkan Chromebox yang dikhususkan untuk penggunaan perusahaan.

Chromebox Meeting

Melaluinya, Google menyediakan Chromebox yang dijual bersama-sama dengan webcam, mikrofon, speaker dan juga alat-kawalan. Buat masa ini, hanya jenama Asus sahaja yang ditawarkan, dan mungkin Google akan menambah lagi penawaran daripada pengeluar lain tidak lama lagi.

Melengkapkan fungsi panggilan video dan juga telesidang adalah perkhidmatan Hangout daripada Google. Ia dikatakan pengguna boleh membeli, memasangnya dan memulakan panggilan video dengan hanya menekan butang pada alat-kawalan.

Pada masa yang sama, ia turut dilihat HP menyertai arena Chromebox, yang akan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna, dan dilengkapi cip Intel Haswell.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Chromebox akan memasuki pasaran tempatan.

HP Chromebox

Nota: