Google Memperkenalkan Aplikasi MyGlass Untuk Pengguna Peranti iOS

Google Glass iOSGoogle Glass sedia menjadi perbualan hangat ramai pihak di seluruh dunia. Untuk menggunakannya, pengguna memerlukan sebuah aplikasi pada telefon pintar yang hanya khusus untuk Android sehingga kini.

Namun, ia berubah hari ini apabila pihak Google turut sama menerbitkan aplikasi MyGlass untuk pengguna peranti iOS.

Menggunakannya, pengguna boleh mengawal apakah aplikasi yang hendak dipasang, menguruskan senarai rakan-rakan, dan mengawal beberapa perkara pada Google Glass.

Seperti biasa, aplikasi ini tidak berguna sekiranya pengguna tidak mempunyai Google Glass tersebut sendiri. Dan memandangkan Google Glass hanya ditawarkan untuk pembangun di Amerika Syarikat sahaja, maka pihak Google tidak menerbitkan aplikasi MyGlass untuk iOS bagi pasaran global.

Mungkinkah dengan pengenalan aplikasi iOS ini, ia memberikan idea Google Glass untuk pengguna umum akan diperkenalkan tidak lama lagi?

Kemaskini : Ia kelihatan aplikasi tersebut telah ditarik-balik dari AppStore.

Nota: