Google Malaysia Membuka Undian Untuk Pertandingan “Doodle 4 Google”

Beberapa bulan yang lepas, pihak Google Malaysia telah mengumumkan pertandingan melakar dan melukis Doodle. Kini, selepas penyertaan untuknya ditutup, pihak Google dilihat membuka pengundian untuk 20 finalis terakhir bagi pertandingan tersebut.

Untuk makluman, pertandingan Doodle 4 Google ini dibuka untuk para pelajar sekolah memperlihatkan kreativiti mereka dengan tema berkaitan Malaysia. Pemenang untuk pertandingan ini dijangka akan diumumkan pada 8 September kelak, dan Doodle yang menang akan dipamerkan kepada umum pada Hari Malaysia kelak.

Doodle 4 Google Malaysia

Bagi pengguna tempatan, anda boleh memulakan pengundian untuk Doodle kegemaran anda hari ini, dan memilih Doodle manakah yang akan dipamerkan di halaman utama Google Malaysia kelak.

The post Google Malaysia Membuka Undian Untuk Pertandingan “Doodle 4 Google” appeared first on Amanz.

Nota: