Google+ Menambah Fungsi Baru – Auto Awesome Movie

Lanjutan daripada pengenalan Auto Awesome untuk gambar, hari ini pihak Google+ turut membawakan sokongan yang serupa kepada video-video yang dimuat-naik ke laman sosial berkenaan.

Melalui Auto Awesome Movie, ia dilihat menyerupai fungsi Video Highlights yang terdapat pada peranti HTC terbaru. Fungsi ini membolehkan sebuah video ringkas dibangunkan secara automatik daripada pelbagai koleksi video yang dimuat-naik pada sesuatu masa.

Google+ Menambah Fungsi Baru – Auto Awesome Movie

Menurut Google, fungsi ini akan membuat video khas secara automatik, dan sebuah notifikasi akan hadir ke peranti Android anda selepas sesuatu video itu tersedia.

Auto Awesome Movie ini menggunakan algoritma automatik, membolehkan sesuatu lagu dan juga efek tambahan disertakan pada video, sekaligus menjadikan paparan dan tontonannya lebih menarik. Fungsi penyuntingan manual juga turut disertakan pada sokongan Auto Awesome Movie ini.

Nota: