Google Dilaporkan Bekerjasama Dengan Foxconn Untuk Projek Robotik

Sejak tahun lepas, Google dilihat telah mula memfokuskan dalam usaha pembangunan robotik, dimana ia diketuai oleh bekas ketua Android, Andy Rubin. Sehingga kini, ia dilihat Google telah mengambil-alih lebih kurang lapan syarikat robotik dalam menguatkan portfolio dan teknologi mereka.

Mengikut laporan sebelum ini, usaha robotik Google dilihat akan lebih memfokuskan kepada bahagian pengeluaran – seperti pemasangan elektronik yang kini dilakukan secara manual.

Menurut WSJ hari ini, Google dikatakan berbincang dengan Foxconn untuk kemungkinan menggunakan dan menguji usaha robotik Google pada kilang mereka. Foxconn sedia menjadi salah satu kilang pengeluaran elektronik terbesar di dunia, dengan Apple yang menggunakan mereka untuk pengeluaran peranti seperti iPhone dan sebagainya. Selain itu, BlackBerry juga akan menggunakan Foxconn untuk pengeluaran peranti mereka, disamping pelbagai syarikat lain yang menggunakannya.

Sekiranya kerjasama ini berjaya, maka Google akan dapat menguji usaha robotik mereka pada salah satu kilang pengeluaran terbesar, sementara Foxconn pula dapat menjimatkan kos pengeluaran dan mempercepatkan lagi proses berkenaan.

Nota: