GarageFinder Ingin Memudahkan Pengguna Mencari Bengkel Kereta Terdekat

GarageFinderBagi mereka yang mempunyai kenderaan, mungkin kadangkala anda menghadapi kecemasan dan memerlukan anda untuk mencari bengkel terdekat. Untuk memudahkan proses berkenaan, salah satu aplikasi baru yang diperkenalkan adalah GarageFinder.

Buat masa ini, GarageFinder menyenaraikan lebih kurang 150 bengkel kereta di sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kuantan, Perak dan beberapa lokasi lain.

GarageFinder, selain hanya menyenaraikan, ia juga turut mengintegrasikan sokongan peta, memudahkan pengguna untuk menetapkan navigasi ke sesuatu bengkel dengan pantas.

Untuk pengguna Windows Phone, pihak GarageFinder turut menyediakan sebuah aplikasi khas, dan boleh dimuat-turun dari Windows Phone Store hari ini.

Selain GarageFinder, satu lagi perkhidmatan seumpamanya yang pernah dilancarkan untuk pengguna tempatan sebelum ini adalah Carama daripada Castrol.

Nota: