Aplikasi Facebook Messenger Yang Dioptimasikan Untuk Skrin iPad Diperkenalkan

Facebook Messenger kini boleh dikatakan merupakan salah satu aplikasi komunikasi utama dikalangan sebahagian pengguna seluruh dunia. Selepas menawarkan versi yang dioptimasikan untuk telefon pintar, hari ini pihak Facebook mengemaskini aplikasi Messenger mereka untuk iOS dengan sokongan untuk iPad.

FB Messenger iPad

Facebook Messenger untuk iPad dioptimasikan dengan paparan yang bersesuaian dengan tablet, dimana ia memperlihatkan dua lajur – satu untuk senarai rakan-rakan dan satu lagi untuk mesej, lebih kurang seperti pada versi web.

Fungsi lain yang dibawakan adalah sama seperti versi iPhone, dimana ia menyertakan sokongan panggilan suara, stikcker, sembang berkumpulan, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan iPad, anda boleh memuat-turun Facebook Messenger daripada AppStore hari ini, dan terus berhubung dengan rakan-rakan anda pada bila-bila masa. Ia tidak diketahui lagi berkenaan bilakah versi yang dioptimasikan untuk tablet Android akan hadir daripada Facebook.

Nota: