Gambar Lensa-Kamera Daripada Oppo Tertiris Ke Web

Pada tahun lepas, pihak Sony sedia hadir dengan sebuah aksesori tambahan untuk telefon pintar yang membolehkan rakaman gambar berkualiti baik, iaitu Sony QX. Nampaknya, pada tahun ini, selain daripada Sony, Oppo turut bakal menawarkan aksesori sama.

Oppo Smart Lens

Oppo Smart Lens

Oppo Smart LensMelalui sebuah gambar yang tertiris ke arena web hari ini, ia memperlihatkan lensa-kamera daripada Oppo, yang mana dilihat menawarkan sokongan zoom optikal sehingga 10x menggunakannya.

Seperti semua sedia maklum, Oppo sedia memfokuskan kepada fungsi kamera pada peranti mereka, dan semestinya pengenalan lensa-kamera ini akan menarik perhatian ramai.

Apa pun, ia masih menjadi tanda tanya sama ada lensa-kamera ini akan menyokong peranti selain Oppo ataupun sebaliknya.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Oppo berkaitan dengan aksesori ini.

Nota: