Alcatel One Touch Flash Diperkenalkan Di Thailand – 5.5-inci, Octa-Core, 13MP, Android 4.4

Alcatel dilihat telah memperkenalkan satu lagi peranti baru mereka yang mana berfungsi sebagai sebuah phablet dinamakan sebagai Alcatel one Touch Flash. Peranti ini hanya diumumkan di Thailand sahaja buat masa ini.

Alcatel One Touch Flash

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1280×720 pixel, cip pemprosesan Octa-Core MediaTek 1.4Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 8GB dengan slot mikro-Sd, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel, dan dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat.

Beberapa fungsi gesture turut disertakan, dimana pengguna boleh dwi-tap untuk mengakses skrin ketika dikunci, selain boleh membuat gerakan pada skrin untuk mengakses sesuatu aplikasi secara terus (seumpama Oppo). Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM padanya.

Buat masa ini, peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran Thailand sahaja, dan tidak mustahil untuk melihatnya dipasarkan di negara-negara membangun yang lain tidak lama lagil.

Nota: