Gambar HTC M8 Ace Tertiris – Variasi Keluarga One 2014 Daripada HTC

HTC M8 AceHTC One M8 masih lagi belum dimulakan jualannya buat masa ini, dan beberapa ura-ura telah hadir untuk variasi peranti lain dibawah keluarga sama. Selain HTC One M8 Mini yang dinantikan, kini sebuah gambar tertiris memperlihatkan HTC M8 Ace.

Tiada sebarang info tambahan ditawarkan oleh @evleaks buat masa ini selain daripada gambar ini.

Mengikut beberapa spekulasi, ia dikatakan berkemungkinan adalah variasi peranti dengan skrin bersaiz besar, ataupun phablet daripada HTC yang menggunakan akhiran “Max” pada tahun lepas.

Apa pun, ia hanya sekadar spekulasi sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Nota: