Find 7 Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1998 Dijual Bermula Penghujung Jun

Oppo Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo Find 7 dan juga Oppo Find 7a. Menjadi perhatian utama semestinya peranti dengan paparan 2K mereka, iaitu Oppo Find 7.

Oppo Find 7 Malaysia

Dari segi spesifikasi, Oppo Find 7 menyertakan cip pemprosesan empat-teras 2.5Ghz, memori 3GB RAM, skrin 5.5-inci dengan resolusi 2560×1440 pixel, kamera belakang 13-megapixel, dan juga dijana menggunakan ColorOS 1.2.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah termasuk kameranya yang menawarkan rakaman gambar dalam pelbagai mod, selain sokongan pengecasan pantas – membolehkan pengguna mengecas sehingga 75% dalam masa 30 minit. Melalui penggunaan sistem operasi ColorOS 1.2, ia turut menyertakan pelbagai sokongan gesture pada peranti berkenaan, termasuk dwi-tap untuk mengaktifkan dan mematikan skrin.

Pada bahagian kamera, Oppo memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk salah satunya adalah mod UltraHD yang membolehkan pengguna merakamkan gambar, zoom, dan melihat sesuatu perkara tanpa kehilangan data seperti kamera lain. Disamping itu, pihak Oppo turut menyertakan sokongan Focus Tracking dan juga rakaman video 4K pada peranti berkenaan.

Di Malaysia, Oppo Find 7 akan dijual bermula penghujung Jun ini pada harga RM1998.

Oppo Find 7

Nota: