Amanz Mencuba Google Glass – Kaca Mata Pintar Daripada Google

Google Glass

Sejak diperkenalkan oleh Google lebih setahun yang lepas berkenaan dengan projek Google Glass mereka, ia telah sedia mendapat perhatian ramai pihak, membuatkan ramai yang ingin mencubanya sendiri sekaligus ingin mengetahui apakah perbezaan yang akan dibawakan oleh Google Glass kelak.

Untuk makluman, Google Glass merupakan salah satu peranti boleh-pakai yang mana hadir dari keluarga “kaca mata pintar”, membolehkan pengguna untuk membuat pelbagai tugasan terus melalui “hujung mata” mereka.

Google Glass yang kami dapat cuba adalah milik salah seorang pembangun tempatan, dimana ia merupakan versi kedua Google Glass, hadir dengan sokongan untuk earbud dan juga menambah shade pada bahagian hadapan.

Spesifikasi Google Glass
CipOMAP 4430 SoC dwi-teras
Kamera Utama5-megapixel
Rakaman Video720p
Storan Terbina16 GB
RAM1GB
Skrin5″ HD Penuh
PaparanPrism, 640×360 pixel
BunyiBone Conduction, Earbud

Google Glass secara kasarnya merupakan bingkai yang dilengkapi dengan sebuah kaca khas pada bahagian hadapan untuk membolehkan pengguna melakukan beberapa tugasan, melihat kemaskini semasa dari emel, mesej, serta beberapa sokongan lain termasuk integrasi navigasi dan juga aplikasi yang lain.

Dari cara pemakaiannya, ia diposisikan sedikit atas daripada kedudukan mata anda. Walaupun ia tidak menghalang mata pengguna daripada melihat seperti biasa, namun bagi orang lain ia mungkin kelihatan agak janggal melihat mereka yang menggunakan Google Glass ini terutamanya ketika mengoperasikan ia.

Google Glass boleh dikendalikan menggunakan arahan suara, dengan mula mengatakan “Ok, Glass”. Beberapa fungsi seperti merakamkan gambar, merakamkan video dan sebagainya boleh dibuat tanpa menghubungkan ia kepada telefon pintar, tetapi untuk akses internet dan untuk membuat panggilan serta sebagainya, ia perlu dihubungkan ke telefon pintar melalui WiFi ataupun Bluetooth.

Sekiranya di lokasi ramai orang, dan tidak ingin menggunakan arahan suara, maka pengguna turut diberikan pilihan untuk membuat kawalan dengan bahagian touchpad pada bahagian tepi Google Glass. Menggunakannya, pengguna hanya perlu swipe ke depan dan belakang untuk akses menu, dan tap untuk memasuki atau memilih sesuatu perkara. Untuk keluar daripada sesuatu menu, pengguna perlu swipe dari atas ke bawah pada bahagian touchpad berkenaan.

Untuk bahagian kamera pula, ia dilengkapi dengan kamera 5-megapixel yang membolehkan rakaman gambar dan juga video pada kualiti 720p. Walaubagaimanapun, untuk setiap video ia diterhadkan kepada 10 saat, tetapi boleh diperlanjutkan dengan menekan butang fizikal pada bahagian atas bingkai berkenaan. Memandangkan Google Glass membawakan sokongan storan sehingga 16GB (12GB boleh digunakan), maka ia mungkin suatu masalah untuk menyimpan kuantiti gambar dan video yang agak banyak menggunakannya.

Bagi sokongan audio pula, Google Glass menggunakan sokongan bone conduction. Namun kualiti bunyi daripadanya agak kurang baik, apatah lagi sekiranya digunakan di lokasi yang ramai orang. Untuk mengatasinya, pihak Google turut menyertakan sebuah earbud untuk dihubungkan pada Google Glass, sekaligus menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik.

Google Glass turut sama membawakan sokongan panggilan dan Hangouts menggunakannya. Untuk akses pantas kepada rakan-rakan yang sering anda membuat panggilan, Google membawakan sokongan akses pantas untuk sehingga 10 orang yang boleh ditambah ke Google Glass menggunakan aplikasi MyGlass.

Untuk pengurusan aplikasi, Google Glass perlu dihubungkan melalui halaman MyGlass dan juga aplikasi MyGlass untuk Android. Beberapa aplikasi utama seperti Twitter dan Facebook telah sedia terdapat untuk Google Glass, disamping aplikasi daripada Google seperti GMail dan sebagainya. Pengguna boleh mengaktifkan ataupun mematikan sokongan aplikasi berkenaan terus melalui halaman MyGlass berkenaan.

Google Glass Menu

Secara keseluruhan, boleh dikatakan Google Glass mungkin akan membawakan salah satu cara baru dalam bentuk interaksi kita, sekaligus membolehkan kita untuk melihat pelbagai perkara dari prespektif yang baru. Sebagai contoh, Google Glass yang digunakan ketika membuat pembedahan boleh membantu dalam pembelajaran, disamping yang digunakan oleh ahli sukan akan membolehkan penonton melihatnya daripada perspektif serba baru.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama pelbagai isu privasi mungkin akan hangat dibincangkan berkenaan dengan Google Glass. Sebagai contoh, untuk rakaman gambar menggunakannya, ataupun lokasi-lokasi yang dihadkan daripada penggunaan Google Glass.

Potensi yang bakal dibawakan oleh Google Glass adalah tinggi. Google Glass masih terhad untuk para pembangun buat masa ini, dan dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna umum sekitar tahun hadapan. Untuk pembangun, ia berharga $1500 (~RM4820) pada hari ini, dan dijangka harga akhirnya untuk pengguna biasa jauh lebih murah daripada itu.

Nota: