Twitter Memudahkan Pengguna Mengikuti 2014 FIFA World Cup

Selain daripada Google, pihak Twitter turut tidak ingin ketinggalan dalam menawarkan pelbagai informasi semasa berkaitan dengan 2014 FIFA World Cup kepada pengguna mereka, dan telah mula memperkenalkan beberapa pembaharuan bersempena dengannya.

Garis Masa Bersempena World Cup

Twitter World Cup

Untuk Piala Dunia FIFA 2014 ini, pihak Twitter memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan semasa berkaitan sesuatu perlawanan dengan menyediakan sebuah garis masa khusus untuk setiap perlawanan. Pengguna boleh mengikuti apakah yang dibualkan oleh orang ramai melaluinya, selain turut melihat gambar yang dikongsikan pengguna seluruh dunia.

Twitter turut mengatakan mereka akan menyediakan sebuah list khas untuk setiap pasukan, memudahkan pengguna umum mengikuti para pemain pasukan tersebut dan melihat kemaskini daripada mereka dengan mudah.

Hashflag

Hashflag pernah digunakan ketika perlawanan Piala Dunia FIFA 2010, dan kini ia kembali semula, membolehkan pengguna menggunakan hashtag berupa tiga huruf mengikut nama negara mereka, dan seterusnya gambar bendera akan dipaparkan bersebelahan dengannya.

Penambahan Info Pada Sidebar

Twitter World CupDalam memudahkan pengguna melihat dan mengikuti perkembangan perlawanan bola sepak Piala Dunia, pihak Twitter turut mengubah bahagian tepi kanan laman mereka, memaparkan info berkaitan perlawanan yang akan diadakan dalam masa beberapa hari lagi.

Twitter boleh dikatakan salah satu medium utama yang digunakan ramai dalam berkongsi pelbagai berita semasa, termasuk berkaitan dengan sukan. Dengan ramai peminat menggunakan platform Twitter untuk berkongsi info berkaitan bola sepak, semestinya langkah ini akan membolehkan pengguna lain yang tidak berada di hadapan kaca televisyen untuk mengikuti perkembangan perlawanan semasa bola sepak dengan lebih mudah lagi.

Nota: