Enjin Carian Google Kini Menambah Sokongan Kadar Tukaran Kepada Bitcoin

Google sedia menyertakan sokongan kadar tukaran nilai mata wang pada perkhidmatan enjin carian mereka, dan hari ini, ia dilihat Google turut sama menambah sokongan kadar tukaran mata wang kepada Bitcoin padanya.

Google Bitcoin

Bitcoin merupakan salah satu cryptocurrency yang mana mempunyai angka pengguna yang tinggi, disamping beberapa perkhidmatan menerimanya – termasuk restoran tempatan.

Dengan penambahan sokongan ini, pengguna boleh membuat kadar pertukaran mata wang dari Ringgit Malaysia kepada Bitcoin dengan nilai semasa, dan mengetahuinya dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Nota: