Google Mula Merakamkan Gambar Street View Sekitar Sungai Melaka

Google telah pun mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan memperluaskan rakaman Street View di Malaysia secara berperingkat, dan terkini daripada gambar yang dikongsikan salah seorang pembaca, ia dilihat pihak Google telah mula merakamkan gambar di sekitar Sungai Melaka.

Street View - Sungai Melaka

Street View - Sungai Melaka

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu. (Wikipedia)

Daripada gambar yang dikongsikan, ia dilihat pihak Google menggunakan Street View Trekker dalam usaha merakamkan gambar sekitar Sungai Melaka, membolehkan ia merakamkan gambar 360-darjah menggunakannya.

Biasanya, ia akan mengambil masa beberapa bulan selepas dirakamkan untuk ia diterbitkan kepada umum di Google Maps Street View.

Dengan usaha rakaman yang telah dimulakan ini, mungkin kita akan dapat melawat Sungai Melaka terus melalui pelayar web seawal tahun hadapan.

Nota: