Permainan Tiny Thief Percuma Untuk iOS Hari Ini

tiny-thiefBagi pengguna peranti iOS, mungkin sedia maklum akan mengenai tawaran 12 Days of Gift oleh Apple, yang mana membawakan satu aplikasi dan kandungan iTunes secara percuma setiap hari. Hari ini, ia membawakan permainan Tiny Thief secara percuma melaluinya.

Tiny Thief merupakan salah satu permainan yang diterbitkan oleh Rovio dan dibangunkan oleh 5Ants Studio. Ia telah diperkenalkan pada Julai lepas, dimana ia membawakan permainan berbentuk puzzle-pengembaraan. Pengguna perlu memainkan watak “pencuri” dan menggunakan beberapa kaedah dan helah dalam menyelesaikan sesuatu misi.

Permainan ini juga turut ditawarkan untuk Android, tetapi versi percuma hari ini hanya khusus untuk iOS sahaja.

Nota: