Pada penghujung minggu lepas, sejumlah gambar peribadi milik beberapa selebiriti terkenal hadir ke arena web. Walaupun ia tidak begitu jelas bagaimana pengodam mendapat akses untuknya, pelbagai laporan hadir mengaitkan ia dengan akaun iCloud.
Bagi pengguna peranti Android dan iOS, mungkin anda pernah mendengar atau menggunakan salah satu aplikasi penyuntingan gambar popular – Pixlr. Kini, dengan populariti pada platform mudah-alih, aplikasi berkenaan juga turut diperkenalkan secara rasminya untuk pengguna desktop.
Google kini dilihat telah mula menghantar jemputan kepada media-media di India, untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 15 September kelak. Walaupun tiada sebarang perkara yang dikatakan, pelbagai spekulasi dan petanda memperlihatkan ia berkemungkinan mengenai Android One.
Proton kini telah menerbitkan sebuah web baru untuk kereta kompak mereka yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara yang akan disertakan pada kereta tersebut kelak.
AirAsia sebelum ini telah sedia melakukan ujian tertutup untuk sokongan WiFi dalam penerbangan, dan bermula hari ini (1 September) sehingga penghujung Oktober 2014 kelak, mereka melakukan ujian terbuka untuk semua penumpang penerbangan kos rendah tersebut.
Apple sedia dilaporkan bakal mengintegrasikan sokongan NFC pada telefon pintar iPhone 6 akan datang mereka, dan kini beberapa maklumat lanjut hadir memperlihatkan perkara tersebut akan direalisasikan.
Pihak WhatsApp pernah menguji sokongan untuk mute sehingga seabad pada versi beta sebelum ini. Namun, ia tidak direalisasikan pada versi stabil sehingga kini.
Apple sedia mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan sebuah kampus baru yang mana dilihat berbentuk bulat – dan dikatakan ramai berbentuk kapal angkasa. Pembinaan untuknya telah pun dimulakan, dan kini kawasan pembinaannya dilihat dirakamkan menggunakan sebuah dron.
Lenovo hari ini dilihat telah mula menghantarkan jemputan kepada acara media mereka yang dirancang pada 4 September kelak, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan telefon pintar Lenovo Vibe X2 pada acara berkenaan.
Pelbagai pengeluar telah mula menggunakan Android Wear pada jam tangan pintar mereka, dan kini Sony yang sedia mempunyai platform operasi mereka tersendiri dikatakan akan beralih ke platform Android Wear melalui Sony Smartwatch 3 kelak.
Pada minggu ini, pelbagai peranti baru telah diumumkan sebagai pra-pengenalan untuk acara IFA 2014 yang dijadualkan pada minggu pertama September ini. Antaranya termasuklah beberapa jam tangan pintar, dan telefon pintar, termasuk pelbagai teaser daripada jenama-jenama terkemuka.