Sekuriti iCloud Dikaitkan Dengan Ketirisan Pelbagai Gambar Selebriti Ke Internet Baru-Baru Ini

iCloud.com BetaPada penghujung minggu lepas, sejumlah gambar peribadi milik beberapa selebiriti terkenal hadir ke arena web. Walaupun ia tidak begitu jelas bagaimana pengodam mendapat akses untuknya, pelbagai laporan hadir mengaitkan ia dengan akaun iCloud.

Pelbagai gambar peribadi selebriti ini diterbitkan melalui laman 4Chan, dan ia dilihat dikaitkan dengan gambar-gambar yang disimpan selebriti berkenaan di iCloud.

Bagi yang tidak mengenali akan iCloud, ia merupakan perkhidmatan storan awam daripada Apple, yang mana membuat dan menyimpan salinan pendua untuk beberapa data di iPhone, iPad dan Mac – termasuk antaranya adalah data berkaitan kalendar, gambar dan sebagainya.

Apple mengatakan sedang menyiasat pelbagai laporan ini, dan tiada komen lanjutan yang ditawarkan buat masa ini.

Menurut TNW, berkemungkinan pengodamnya telah menggunakan bruteforce pada perkhidmatan Find My iPhone untuk mendapatkan kata laluan AppleID, untuk mengakses akaun iCloud pemilik. Kebiasannya, ia dikatakan pelbagai perkhidmatan web akan mematikan atau menghantar notifikasi kepada pengguna apabila mendapati aktiviti luar biasa pada akaun mereka – dan mengunci akaun mereka daripada diakses oleh pengguna luar. Namun, pada Find My iPhone, ia tidak diaktifkan sehingga sebelum ini, dan hanya telah dikemaskini oleh Apple pada minggu ini.

Apa pun, selain daripada pengodaman terhadap iCloud, mungkin juga terdapat beberapa kaedah lain yang mungkin diakses oleh pengodam untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut.

Sementara menantikan info lanjut mengenai perkembangan ini, mungkin sekiranya anda menggunakan akaun AppleID, boleh mengaktifkan sokogan dwi-pengesahan dalam menjadikan akaun anda lebih selamat lagi.

Nota: