Cara Untuk Melembutkan Hati Perempuan

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Cara Untuk Melembutkan Hati Perempuan | Semua yang pernah menjalani percintaan mesti pernah bergaduh atau selisih faham, ada yang tak reti nak pujuk atau salah pujuk. Apabila salah pujuk nanti jadi lain, so apa kata korang baca Cara Untuk Melembutkan Hati Perempuan :

Cara Untuk Melembutkan Hati Perempuan

1. Beri masa dan ruang Wanita lebih beremosi berbanding lelaki. Jadi biarkan kemarahannya reda dahulu. Anda perlu bersabar dan tunggu masa yang sesuai untuk bertanya punca kemarahannya.

Tapi dalam masa yang sama jangan biarkan dia berasa terabai dan tidak dipedulikan. Jangan terus mendesak dan bertanya akan punca dia merajuk kerana khuatir anda berdua akan bergaduh besar pula selepas itu.

2. Minta maaf dan mengaku salah Daripada membiarkan perkara seperti ini berlarutan, ada baiknya anda rendahkan saja ego dan minta maaf saja kepada si dia. Kalau perkara tersebut terang-terangan berpunca daripada anda, mengaku saja kesalahan anda.

Tapi kalau anda sendiri tak tahu kenapa dia berkelakuan begitu, just make it simple , minta maaf saja kepada dia. Mesti dia akan lembut hati selepas itu. Well, sometimes women is complicated isn’t it?

3. Beri hadiah Walaupun nampak remeh, tapi pemberian hadiah kepada si dia yang sedang merajuk memang antara tips yang paling mujarab. Hadiah-hadiah kecil seperti coklat, bunga atau teddy bear pun dah cukup untuk mengubat rajuknya.

4. Hadiahkan Pujian Benda ringkas seperti memberi pujian juga sebenarnya sudah mampu bikin hati wanita yang sedang panas kembali ‘cair’. Malah cara ini juga tidak memerlukan sebarang modal wang ringgit bukan.

Misalnya puji baju yang dipakainya hari itu atau keenakkan masakan si dia. Tapi awas,pastikan pujian anda tidak berbaur sinis ya, nanti disalah anggap sebagai sindiran pula.

5. Teknik reverse psychology Kalau semua teknik pun tak ‘jalan’. Cuba anda pula yang merajuk dengan dia. Cuba jangan hubungi dia dan berlakon yang anda juga ‘tersentap’ dengan anda. Kalau dia benar sayangkan anda, mesti dia mengalah dan akan pergi kepada anda.

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Product

Cara Untuk Melembutkan Hati Perempuan
Beki Mustaffa

Nota: