Zombi Kilang Biskut Filem Mesti Tonton!

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Zombi Kilang Biskut Filem Mesti Tonton! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Semalam 20 Mac 2014 merupakan tarikh keramat dimana filem Melayu yang dinanti-nanti telah menggegarkan panggung wayang seluruh Malaysia iaitu filem Zombi Kilang Biskut.

Filem kreatif arahan Mamat Khalid ini bermula dengan Zombi Kampung Pisang pada 2007 dan diikuti Hantu Kak Limah Balik Rumah pada 2010 yang mencetus fenomena dengan kutipan hampir RM8 juta, dan sebelum ini Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (HMJT).

Mamat Khalid masih mengekalkan beberapa orang pelakon asal seperti Awie, Usop Wilcha, Delimawati dan Man Kadir disamping menampilkan watak-watak baru bagi bagi memberikan suntikan lebih segar.

Plot cerita Zombi Kilang Biskut kali ini dilihat lebih banyak aksi yang lebih kelakar disamping mengekalkan lakonan-lakonan lawak bersahaja serta tidak dijangka pastinya meriuhkan lagi suasana panggung wayang.

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang kerana diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura. Usin bersetuju untuk bekerja di kilang biskut dan menjadi juruteknik bersama-sama Wahab B. Dari situ bermula kisah zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu.

Mereka semua selalu di gemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang biskut tersebut. Mereka berasa pelik. Usin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi semasa beliau mencari Usop.

Konflik ini telah mencetuskan huru-hara di Kampong Pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombi telah mula menyerang.

Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah.

Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang menganggu mereka? Kalau nak tahu jom terjah wayang berdekatan! Serius korang takkan rasa menyesal menonton filem arahan Mamat Khalid ini!

Trailer Zombi Kilang Biskut

Dr Fuh – Tengok trailer pon dah mengiurkan kan? Hehehe. Apa tunggu lagi!! Rugi tak tonton filem ni! Dr Fuh kasi 4/5 bintang!!

Status – Recommended!

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Product

Zombi Kilang Biskut Filem Mesti Tonton!
Dr Fuh

Nota: