Budak Lelaki Kristian Mendakwa Bertemu Allah Di Syurga

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Budak Lelaki Kristian Mendakwa Bertemu Allah Di Syurga | Kisah menggemparkan ini kecoh diperkatakan apabila seorang budak lelaki Kristian yang mati seketika sewaktu berada di dewan pembedahan minggu lalu mendakwa dia telah berjumpa Allah di syurga.

Bobby Anderson, yang merupakan anak lelaki kepada seorang paderi Kristian yang terkemuka di Atlanta, mengalami kecederaan dalaman dalam satu kemalangan kereta dan telah mati secara teknikal selama 3 minit sebelum bangkit kembali. Dalam waktu itu, budak lelaki yang berumur 12 tahun tersebut mendakwa telah pergi melawat tempat selepas mati dan bersembang dengan beberapa orang tokoh dalam agama Islam.

136678988 Budak Lelaki Kristian Mendakwa Bertemu Allah Di Syurga

“Saya langsung tak nampak Jesus (Nabi Isa – yang merupakan tuhan agama Kristian) di mana-mana,” katanya kepada berita WGCL setelah mengalami pengalaman tersebut. “Ada seseorang yang bernama Allah, dan seseorang yang bernama Muhammad. Dan terdapat 72 orang wanita yang sangat cantik di sekeliling saya.”

“Tetapi saya juga tidak nampak ahli keluarga saya. Tidak juga datuk dan nenek. Semua orang di situ memiliki kulit yang lebih gelap. Mereka bukan seperti kita langsung. Saya bertanya kepada ayah ‘mengapa Jesus tak berada di dalam syurga ayah?’ Dia pun tak dapat memberikan jawapan. Saya tak pernah mendengar mengenai Allah sebelum ini, tetapi sekarang saya ingin membaca lebih banyak tentang Dia. Dia kelihatan agak benar bagi saya.”

Cerita Bobby Anderson itu sangat menyerupai cerita yang dialami Colton Burpo, juga seorang anak paderi yang mati seketika sewaktu pembedahan dan kemudiannya mengakui bertemu Jesus di syurga. Kisah Colton itu telah diceritakan di dalam sebuah buku yang terkenal yang berjudul Heaven is For Real, yang mana kini dijadikan sebuah filem yang dibintangi oleh Greg Kinnear dan Thomas Hayden Church.

Colton Burpo Responds To Critics Of Near Death Experience In Heaven Is For Real Movie 665x385 Budak Lelaki Kristian Mendakwa Bertemu Allah Di Syurga

Walau bagaimanapun, artikel mengenai kisah Bobby itu dikatakan hanyalah satu satira atau cerita berbaur sindiran. Laman web yang menyiarkan kisah tersebut,The Daily Currant dikatakan sering menyiarkan kisah yang tidak benar.

The Daily Currant mempunyai penafian dalam laman webnya, yang menjelaskan tentang segala-galanya dan berbunyi seperti berikut:

The Daily Currant adalah sebuah akhbar satira berbahasa inggeris dalam talian yang memaparkan isu mengenai politik, perniagaan, teknologi, hiburan, sains, kesihatan dan media. Ia dapat dicapai oleh lebih daripada 190 buah negara di seluruh dunia – sekarang termasuklah Selatan Sudan”.

Penafian tersebut turut menambah:

“Misi kami adalah untuk mengejek kejahilan yang mana menjadi menghalang kepada kemajuan kami, dan mempromosikan kecerdasan akal fikiran – yang akan mendorong kita ke hadapan,” dan juga menambah “cerita-cerita yang dipaparkan adalah fiksyen. Walau bagaimanapun kisah-kisah tersebut ditujukan kepada isu dunia serantau melalui satira dan sering merujuk kepada pautan kepada kejadian sebenar yang terjadi di seluruh dunia.”

Adakah sebenarnya kisah Bobby itu benar? Adakah terdapat laman web Kristian yang gusar tentang cerita tersebut lalu menafikan kisah Bobby? Mengapa kisah budak bertemu Jesus diterima dan kisah budak bertemu Allah dinafikan? Hanya Allah S.W.T yang maha mengetahuinya. Sebenarnya Zyra pernah jugak terbaca kisah-kisah orang bukan Islam yang mendapat mimpi-mimpi mengenai agama Islam ketika koma atau ketika tidur dan kemudiannya terus memeluk agama Islam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Budak Lelaki Kristian Mendakwa Bertemu Allah Di Syurga
zyra roxx

Nota: